Wednesday, September 28, 2011

Warisan Tradisional

Untuk dekorasi pelamin pada kali ini, menampilkan ukiran tradirional iaitu ukiran kerawang yang di letakkan sebagai backdrop pelamin. Warna kuning pada gubahan bunga di pelamin memberi maksud bahawa para mempelai merupakan raja dan ratu sehari pada hari perkahwinan mereka. Kerusi pelamin yang bersaiz besar dan mempunyai ciri ciri cermin pada design-nya menambahkan impak pada para mempelai dan amat sesuai untuk di gunakan untuk pelamin yang bersaiz besar. Laluan pengantin di hiasi dgn Arabian lantern dan di sertai dgn hiasan lilin yang juga bersaiz besar untuk menaikkan aura laluan tersebut.




No comments:

Post a Comment