Wednesday, September 28, 2011

Lovely Lace

Dekorasi pelamin pada kali ini adalah untuk majlis pertunangan yang diadakan di Subang Jaya. Kombinasi warna pink,purple dan cream adalah pilihan pelanggan untuk majlis ini. Hiasan fresh flowers memberi kesan yang amat berlainan dengan mengeluarkan bau yang harum. Kedudukan hiasan bunga juga berlainan kerana ingin lari dari kebiasaan. Hiasan kusyen di kerusi pelamin adalah untuk menambahkan lagi kemanisan pelamin tersebut. Pelamin ini juga sesuai untuk di jadikan sebagai pelamin persandingan.







Warisan Tradisional

Untuk dekorasi pelamin pada kali ini, menampilkan ukiran tradirional iaitu ukiran kerawang yang di letakkan sebagai backdrop pelamin. Warna kuning pada gubahan bunga di pelamin memberi maksud bahawa para mempelai merupakan raja dan ratu sehari pada hari perkahwinan mereka. Kerusi pelamin yang bersaiz besar dan mempunyai ciri ciri cermin pada design-nya menambahkan impak pada para mempelai dan amat sesuai untuk di gunakan untuk pelamin yang bersaiz besar. Laluan pengantin di hiasi dgn Arabian lantern dan di sertai dgn hiasan lilin yang juga bersaiz besar untuk menaikkan aura laluan tersebut.




Sunday, September 25, 2011

Merahnya Mak Ngah!

Hiasan pelamin untuk majlis perkahwinan di dewan Wisma Sejarah ini adalah permintaan pelanggan yang kedua mempelai amat gemarkan warna merah. Gabungan bunga merah dan putih menjadi pilihan untuk mendapatkan kontra antara backdrop dan bunga.



Bling It On!

Untuk majlis perkahwinan pada minggu ini, kami telah menggabungkan elemen moden dengan pilihan warna gold-hijau untuk menepati tema pada majlis tersebut. Warna kuning menjadi pilihan untuk di jadikan sebagai Wow Factor pada setiap gubahan bunga di pelamin dan di laluan pengantin. Kami menggunakan design pasu bunga yang tinggi untuk laluan pengantin dengan tujuan menaikkan aura laluan pengantin. Manakala di bahagian pelamin, penggunaan juraian bling-bling untuk di jadikan sebagai satu backdrop yang amat sesuai di jadikan sebagai prop semasa sesi mengambil gambar. Gabungan 3 unit arch, di mana 1 di luar dewan, dan 2 di dalam dewan untuk menyambut kehadiran tetamu untuk sama sama meraikan majlis perkahwinan tersebut.