Sunday, September 25, 2011

Bling It On!

Untuk majlis perkahwinan pada minggu ini, kami telah menggabungkan elemen moden dengan pilihan warna gold-hijau untuk menepati tema pada majlis tersebut. Warna kuning menjadi pilihan untuk di jadikan sebagai Wow Factor pada setiap gubahan bunga di pelamin dan di laluan pengantin. Kami menggunakan design pasu bunga yang tinggi untuk laluan pengantin dengan tujuan menaikkan aura laluan pengantin. Manakala di bahagian pelamin, penggunaan juraian bling-bling untuk di jadikan sebagai satu backdrop yang amat sesuai di jadikan sebagai prop semasa sesi mengambil gambar. Gabungan 3 unit arch, di mana 1 di luar dewan, dan 2 di dalam dewan untuk menyambut kehadiran tetamu untuk sama sama meraikan majlis perkahwinan tersebut.



No comments:

Post a Comment