Sunday, March 6, 2011

Majlis Pernikahan Di Masjid

Majlis Pernikahan adalah pada 26 Februari 2011 di sebuah masjid yang terletak di pinggir Kuala Lumpur. Maaf lambat update blog kerana camera yang ambil gambar ade problem sedikit hehehehe hanya satu gambar yang dapat di selamatkan !


Aku terima nya nikah ! =D

"Aku terimanya nikah .... "
"SAH! SAH! "
Pada minggu ini, kami telah ke Ara Damansara untuk sebuah majlis pernikahan pelanggan kami. Konsep untuk majlis pernikahan ini adalah "simple and elegant". Sebuah tilam nikah yang mempunyai "chesterfield's design", di tambah dengan hiasan "Diamond" menaikkan lagi seri majlis pernikahan tersebut. Satu tingkat platform di gunakan untuk menampil pengantin perempuan untuk nampak lebih anggun. Panel bunga gold yang di letakkan di belakang sebagai backdrop adalah di reka khas di atas permintaan pelanggan kami yang cintakan flora. Jadi kami menggabungkan element mewah iaitu menggunakan warna gold dan unsur unsur flora untuk memenuhi permintaan pelanggan. Dua gubahan bunga segar di letakkan di kiri dan kanan tempat nikah melibatkan beberapa jenis bunga iaitu white orchid, white lily,tube roses and white roses. Mari kita berkongsi saat saat majlis pernikahan tersebut =))