Tuesday, May 3, 2011

Meja Makan Beradab!

Untuk majlis perkahwinan kali ini, pelanggan kami tidak menggunakan khidmat kami untuk menghiasi pelamin mereka, kerana mereka tidak menggunakan pelamin! Tetapi kami di beri kepercayaan untuk menghiasi meja makan beradab yang akan menjadi tumpuan 500orang tetamu pada malam itu! Kami menggunakan cylinder vases, alas cermin, dan lilin untuk memberi impak yang romantis terhadap meja makan tersebut ;) Saksikan !

Another engagement ;D

Sekali lagi, kami banyak menerima tempahan untuk hiasan pelamin perkahwinan dan tidak kurang juga untuk pelamin pertunangan. Di nasihatkan supaya pelamin pertunangan harus lah simple dan tidak terlalu sarat dengan hiasan kerawang atau bunga. Ini kerana anda harus menyimpan semua "WOW FACTOR" itu pada hari bersejarah anda iaitu pada majlis perkahwinan anda !

Engagement !

Majlis pertunangan ini berlaku di Ampang, Selangor dan pelanggan kami telah memilih warna tema Grey and Silver. Pelamin tunang yang simple di tambah pula dengan hiasan fresh flowers menaikkan lagi aura hari pertunangan tersebut. Kami juga telah menyediakan hiasan hantaran untuk pihak lelaki dan perempuan dan selain dekorasi untuk pelamin dan hantaran, kami juga telah "touch up" meja makan tetamu dengan fresh flowers dan cylinder vases. "Less is more! " ;)







Eazy !

Pada minggu ini, kami telah ke Dewan Merak Kayangan, Felda untuk membuat pelamin pelanggan kami yang ingin satu konsep pelamin yang simple tetapi moden! Pilihan colour gold and yellow di gunakan untuk seiring dgn tema warna pada malam itu! Enjoy the pictures ;)