Tuesday, October 5, 2010

Tips Dekorasi Pelamin & Dewan Perkahwinan

Tips Dekorasi Pelamin & Dewan Perkahwinan
Oleh : Zaki Anuar ( 016 2773066 )

Dekorasi singgahsana yang memukau semestinya menjadi impian setiap bakal raja dan ratu sehari. Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dalam industri perkahwinan dengan pembaca tentang faktor faktor yang harus di titik beratkan ketika merancang dekorasi pelamin dan dewan perkahwinan impian anda ! =)

1. Tema
Berbincanglah terlebih dahulu dengan keluarga tentang tema yang bakal
Diketengahkan pada hari bersejarah itu. Contohnya

a) Tema Tradisional
b) Tema Taman ( Garden )
c) Tema Bali
d) Teman Moden Kontemporari
e) Tema Arab
f) Dan Lain Lain

2. Budget
Berpandukan tema yang telah di tetapkan, sediakan satu budget yang bakal di gunakan untuk merealisasikan tema impian ! Jika anda dambarkan satu majlis perkahwinan di dalam suasana gilang-gemilang, tidak salah jika anda berbelanja lebih =)


3. Dekorasi Pelamin & Dekorasi Dewan Perkahwinan
Beberapa faktor mempengaruhi dekorasi pelamin dan dewan, iaitu:

a) Saiz Pelamin
Sila pastikan berapa besar saiz pelamin yang anda inginkan dan maklumkan kepada wedding decorator.
Contoh : Pelamin di rumah ( Standard Saiz 8kaki lebar x 10kaki tinggi )
Pelamin di dewan ( Bergantung kepada lebar pentas dewan )

b) Bunga
Pastikan anda mahu bunga segar atau bunga artificial untuk mewarnai singgahsana =) Bunga segar dan bunga artificial masing masing mengeluarkan impak yang berbeza pada dekorasi, tapi jika susunannya memukau, tiada perkataan lain yang akan tetamu katakan kecuali –WOW!

c) Material & Aksesori
Ini adalah termasuk candle stands, chandelier, dan lain lain.

d) Tempat
Jika dekorasi pelamin dan dewan perkahwinan diadakan di kawasan yang tertutup, banyakkan pencahayaan ( spotlight ) agar pelamin tampak lebih elegan dan ekslusif!

(Spotlight merupakan perkara kecil, tapi besar impaknya kepada dekorasi )


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

No comments:

Post a Comment