Tuesday, May 3, 2011
Meja Makan Beradab!
Untuk majlis perkahwinan kali ini, pelanggan kami tidak menggunakan khidmat kami untuk menghiasi pelamin mereka, kerana mereka tidak menggunakan pelamin! Tetapi kami di beri kepercayaan untuk menghiasi meja makan beradab yang akan menjadi tumpuan 500orang tetamu pada malam itu! Kami menggunakan cylinder vases, alas cermin, dan lilin untuk memberi impak yang romantis terhadap meja makan tersebut ;) Saksikan !
Another engagement ;D
Sekali lagi, kami banyak menerima tempahan untuk hiasan pelamin perkahwinan dan tidak kurang juga untuk pelamin pertunangan. Di nasihatkan supaya pelamin pertunangan harus lah simple dan tidak terlalu sarat dengan hiasan kerawang atau bunga. Ini kerana anda harus menyimpan semua "WOW FACTOR" itu pada hari bersejarah anda iaitu pada majlis perkahwinan anda !
Engagement !
Majlis pertunangan ini berlaku di Ampang, Selangor dan pelanggan kami telah memilih warna tema Grey and Silver. Pelamin tunang yang simple di tambah pula dengan hiasan fresh flowers menaikkan lagi aura hari pertunangan tersebut. Kami juga telah menyediakan hiasan hantaran untuk pihak lelaki dan perempuan dan selain dekorasi untuk pelamin dan hantaran, kami juga telah "touch up" meja makan tetamu dengan fresh flowers dan cylinder vases. "Less is more! " ;)

Eazy !
Sunday, April 3, 2011
Majlis Cukur Jambul
Pada 19 Mac 2011 lepas, kami telah ke Ampang untuk menjayakan sebuah Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah bagi pelanggan kami. Kami telah menyediakan dekorasi pelamin cukur jambul dengan berkonsepkan moden. Penggunaan warna pink adalah kerana bayi yang di rai kan merupakan seorang bayi perempuan. Here we share some of the pictures of the decoration, enjoy ;)

Sunday, March 6, 2011
Majlis Pernikahan Di Masjid
Aku terima nya nikah ! =D
"Aku terimanya nikah .... "
"SAH! SAH! "
Pada minggu ini, kami telah ke Ara Damansara untuk sebuah majlis pernikahan pelanggan kami. Konsep untuk majlis pernikahan ini adalah "simple and elegant". Sebuah tilam nikah yang mempunyai "chesterfield's design", di tambah dengan hiasan "Diamond" menaikkan lagi seri majlis pernikahan tersebut. Satu tingkat platform di gunakan untuk menampil pengantin perempuan untuk nampak lebih anggun. Panel bunga gold yang di letakkan di belakang sebagai backdrop adalah di reka khas di atas permintaan pelanggan kami yang cintakan flora. Jadi kami menggabungkan element mewah iaitu menggunakan warna gold dan unsur unsur flora untuk memenuhi permintaan pelanggan. Dua gubahan bunga segar di letakkan di kiri dan kanan tempat nikah melibatkan beberapa jenis bunga iaitu white orchid, white lily,tube roses and white roses. Mari kita berkongsi saat saat majlis pernikahan tersebut =))

Subscribe to:
Posts (Atom)